Saturday, 4 June 2011

Buka Kembali Memori Lalu,Sekadar Ingatan Kau & Aku

Selama perkenalan kita bertahun nan lalu,banyak memori tercipta antara kita. Ada yang manis,yang membuatkan kita gembira,
ada yang pahit,membuatkan kita terluka.
Semuanya adalah episod kehidupan yang harus ditempuhi setiap insan. Memori itulah yang menjadikan kita lebih matang
& mengajar kita erti kehidupan.Tanpa semua tu,kita takkan rasa,betapa kehidupan ni susah
Namun,semakin hari,kita semakin menjauhi episod kehidupan lalu,lantas semua itu hanya tinggal kenangan kini
Kenangan indah bisa dihayati,kenangan pahit menjadi pengajaran untuk kita.semuanya hanya memori
Biarlah ia berkubur sepi,menjadi batu nisan bahawa tiada kisah yang tak meninggalkan kesan duka di hati masing-masing.
Sekarang bukan waktu yang tepat untuk mencari salah siapa,kerna tak ada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan. Termasuk kita.
Ini bermakna kita sama-sama bersalah terhadap kisah kita dulu yang membawa kepada perpisahan kini.
Memang benar saya yang salah atas perpisahan kita,saya yang memutuskan segalanya. Saya yang meninggalkan awak. Saya yang buat awak tercari-cari arah tuju. Saya yang biarkan awak keseorangan,ditemani kesunyian & kesepian yang membungkam.
& kerna itu,awak salahkan saya.Sampai bila2,awak kan tetap salahkan saya.Mungkin tiada ruang kemaafan di hati awak untuk saya.Tiada lansung tempat untuk saya menebus kesilapan lalu.Untuk meminta kembali ruang di hati awak yang pernah saya miliki,itu mimpi
Saya tahu,hati awak sudah tertutup buat saya. Anggapan awak pada saya tetap sama,saya tak lebih dari seorang perempuan pengkhianat,yang mempermainkan perasaan orang,yang meningganlkan orang & buat orang tercari-cari.
Walaubagaimanapun,saya tak mampu membersihkan anggapan awak pada saya,kerna itu yang telah awak tetapkan di fikiran awak.
Tanpa pernah awak tahu,apatah lagi menyedari hakikatnya…….
Betapa saya menyayangi awak,dan tak ada siapa bisa menggantikan awak dalam hidup saya. Cinta saya  tak bersandarkan pada zahir,rupa paras mahupun wang ringgit.Awak terlalu bermakna buat saya. Mustahil untuk saya sakiti & tinggalkan orang yang saya saying
Sebagaimana saya merelakan kepergian ayah tersayang bersama iringan air mata menemani,begitu juga saya merelakan perpisahan hadir antara kitaKerna kedua-duanya insan yang saya sayangi.Tapi mungkin awk tak menyedari semua tu,kerna saya tak pernah tunjukkan,
Sebagaimana saya merelakan kepergian ayah tersayang bersama iringan air mata menemani,begitu juga saya merelakan perpisahan hadir antara kitaKerna kedua-duanya insan yang saya sayangi.Tapi mungkin awk tak menyedari semua tu,kerna saya tak pernah tunjukkan,
Saya tinggalkan MATM,dengan seribu perasaan bercampur baur. Apatah lagi kita baru putus dan saya selalu lihat  awak asyik termenung,ia menambahkan lagi rasa bebal di hati saya.
melihat keadaan awk yang seperti hilang arah tuju,hati saya terasa berat.Mengingatkan kata-kata ayah saya,hati saya berbelah bahagi.Awak tak tahu betapa saya keliru di persimpangan buntu itu. Tapi saya tetap tersenyum,saya takkan tunjukkan kekeliruan saya
Saya nak tanya awak,kenapa dulu,waktu saya di hospital,awak pergi melawat saya,dan minta untuk sambung kembali kisah kita yang pernah terputus dulu. Dan saya terima,kerana saya lihat kesungguhan & keikhlasan awak menerima saya.awak nekad
Seperti awak sudah melupakan kisah lalu nan menguris hati awak & memaafkan saya.Tapi kenapa kini awak kembali mengingkit kisah lalu?Adakah awak mahu sambung kembali hubungan yg pernah terputus dulu,kerana sengaja mahu melukakan hati saya.saya harap ia tak
Saya nak ingatkan kembali kata2 saya pada awak suatu masa dahulu,’saya pernah lafazkan kata putus pada awak sekali,& saya takkan lafazkannya lagi,jika berlaku lagi perpisahan antara kita,itu awak yg melafazkannya’.Dan awak berjanji untuk tidak melakukannya
Cuma sekarang,yang menjadi persoalan ialah,kita sekarang sama-sama single tanpa lafaz perpisahan. Kenapa semua ni boleh terjadi?

No comments:

Post a Comment