(ini mimpi benar yang bermain di tidurku,6.5.11)Pagi ni aku dikejutkan oleh mimpi yang x pernah ku alami.Aku rasakan mimpi kali ini amat berbeza.mimpi ini seolah-olah memberi ku satu gambaran yang x mampu aku sndri tafsir.sambil mengusap wajahku yang berparut,aku melepaskan keluhan berkali-kali.aku seperti berada di tengah-tengah persimpangan buntu.aku keliru,aku bingung..setiap kali aku siap bersujud pada yang Esa,aku selalu meminta diberi petunjuk,jalan mana yang harus ku pilih,,dan adakah jln yang sedang aku lalui sekarang adalah yang terbaik untukku.tentang kursus yang kupilih,adakah ia sesuai untukku?dan tentang aku dan Razikki,apa yang harus aku lakukan?perlukah aku melupakannya?atau benarkah jalan yang aku pilih untuk terus mencintainya meski tanpa balsan dan dan sudah jauh dariku.tp sukar dan tak mampu untuk aku melupainya,apatah lagi membencinya.
~~~~~Cikgu mengarahkan semua pelajar yang akan mengikuti kursus bina diri supaya berkumpul di padang sekolah. semua dr mereka keluar.sekarang cuma tinggal aku,3 orang pelajar perempuan dan beberapa orang pelajar lelaki yang juga tidak mengikuti kursus tersebut seperti aku.3 orang pelajar permpuan itu asyik dengan gelak tawanya,tanpa menghiraukan aku yg sendirian di mejaku.pelajar lelaki pula entah kemana hilangnya,,aku pun xpasti,biasalah,melepak.satu hari suntuk hari tersebut,semua subjet dibatalkan.Ah!aku melepaskan keluhanAku berjalan keluar dari kelasku,mengintai-intai kelas sebelah.kelihatan keadaan kelas B juga seperti kelasku.hanya tinggal beberapa pelajar sahaja dalam kelas.ada pelajar perempuan sedang berbual sesama mereka,'apa lagi kalau bukan bergosip,,sudah memang fitrah orang perempuan',fikirku.Tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang,dia berlari menyebabkan aku juga turut berlari bersamanya.sambil berlari,aku sempat melihat lalki itu meskipun aku hanya berada di belakangnya.dia adalah RAZIKKI.Di hatiku sedikit terkejut,namun terselit jua rasa gembira.aku tersenyum sendri.kemudian lariannya terhenti di satu blok yang agak jauh dari kawasan kelas kami.aku melihat dia tercungap-cungap."kenapa awk x ikut serta kursus tu?"soalku pada Razikki."malas."jawabnya bersahaja."kenapa?"aku masih bertanya."awak tak ikut,jadi saya pun malas nk ikut sama,boleh habiskan masa bersama awak di sekolah."ujar Razikki sambil tersenyum sinis lalu memandang kearahku.aku membalas senyumannya.antara kami bagaikan sudah terbiasa bersama,bermesra,bergurau,tiada rasa segan silu atau malu-malu,,sedang hakikatnya,,semua tu tidak di dunia nyata.Aku dan Razikki terus berbual panjang,sesekali melihat ada beberapa orang pelajar yang lalu lalang di situ. mereka hanya tersenyum memandang kemesraan kami berdua.almaklumlah,Razikki & Najihan sememangnya 'top couple of the year'.tiba-tiba ada seorang pelajar datang menghampiri kami.."abang,boleh tolong ajar saya cara nak jawab soalan ini?"pinta pelajar tersebut lalu diajukan bukunya kepada Razikki."maaf dik,abang tak pandai sangat subjet ni,suruh akak ni yang ajar."balas Razikki lembut sambil menghulurkan buku tersebut kepadaku.aku melihat beberapa soalan di dalam buku tersebut,kemudian cuba menerangkan kepadanya..*aku tak ingat subjet ape*.Kemudian kami berjalan menuju ke kantin memandangkan dari tadi asyik berbual dan bercerita."awak duduk cni,nanti saya yang ambilkan air,hari ni,saya belanja,okey?"tutur Razikki padaku.aku hanya tersenyum kearahnya.selesai minum,kami berjalan-jalan di kawasan sekolah sambil berbual.pelbagai cerita yang dibualkan kami.jam sudah hampir menunjukkan pukul satu.peserta kursus akan pulang lebih kurang pukul satu kata cikgu tadi.'aku juga harus pulang',bissikku.perbualan kami terganggu apabila telefon bimbitku berbunyi."jie,,sudah tahu ke belum,ma balik kampung?"suara abang Azhari yang mesra ku panggil abang jue kedengaran."yeke?tak tahu pun.ma balik dengan siapa?"soalku."ma balik dengan Nuar,tapi ma sakit,ada accident kecil berlaku."jawab abng ju ku."apa?macam mana keadaan ma sekarang?"soalku lagi ingin tahu."ma ok je." ringkas jawapan abang ju."okey,Jie balik sekarang." kemudian talian diputuskan."I have to go.ma saya accident dengan abang Anuar,saya mesti balik."aku memberitahu Razikki keadaan sebenar.sejenak dia terdiam.aku bingkas bangun dari tempat dudukku,namun ada satu tangan memegang tanganku.aku menoleh.."saya ikut."ucap Razikki.aku hanya mengangguk. sampai di rumahku,aku tersenyum kearah Razikki."nak masuk ke tak nak?berani?" tanyaku padanya. Razikki hanya membisu,,mungkin gugup,fikirku..kemudian dia menuruti langkahku masuk ke dalam rumahku.Aku duduk bertimpuh di tepi ibuku yang terbaring keletihan.Razikki pula berada di kaki ibuku."ma,kenalkan,ni kawan jie,Razikki namanya."aku mengenalkan Razikki kepada ibuku.lalu dia datang menghampiri ibuku lalu bersalaman dan mencium tangan ibuku..aku bersyukur diatas segalanya.~~~~mimpiku hilang setelah subuh menjelma.aku tertanya,adakah ini satu petunjuk dariNya,atau hanya mainan tdur??ah!aku keliru.
No comments:
Post a Comment